Wednesday, October 26, 2011

Rumah kebajikan Raudhatul Ikhwani, Rompin.

Menempatkan Anak yatim dan asnaf. Terlalu banyak yang perlu dibantu. Semoga Ustaz dan isteri yang jaga anak2 tersebut terus ditabahkan oleh Allah untuk terus memberikan pendidikan Agama kepada mereka.

Wednesday, February 03, 2010

Lawatan Ke Kg. Cherating

Program pertama untuk tahun 2010 ini dimulakan di Kg. Cherating pada 31 januari yg. lalu. Sebahagian dari mereka yang sempat kami kunjungi dan mendapat sedikit sumbangan yg tak seberapa. Tetapi walaupun sedikit diharapkan dapat berterusan dan menjadi amalan yang deterima InsyaAllah.








Friday, January 01, 2010

Semoga Ceria Ke Sekolah







Membeli kelengkapan sekolah untuk 3 adik-beradik di Kg. Bukit Gelugor , Beserah. Dapat dilihat keceriaan yg terpancar di wajah2 mereka.

Saturday, November 14, 2009

Kg. Batu Hitam 13 Nov 2009

Program ziarah dan menghulurkan sumbangan kepada mereka yg memerlukan, yang tertangguh beberapa bulan kini bersambung kembali. Ziarah kali ini ke kampung Batu Hitam Beserah Kuantan.






Tuesday, February 24, 2009

Kg Beserah

Map picture

Saturday, February 14, 2009

Kg Beserah 28 Jan 2009

Dari Haritsah bin Wahab r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda : "Bersedekahlah kamu segera! Kerana dikhuatirkan akan terjadi kelak, seorang lelaki pergi ke mana-mana membawa sedekahnya, tetapi dijawab oleh orang yang hendak diberinya sedekah, "Kalaulah kelmarin engkau datang, aku terima sedekahmu. Sekarang aku tidak perlu lagi kepada sedekahmu itu. Akhirnya orang itu benar-benar tidak mendapatkan orang yang bersedia menerima sedekahnya itu."















Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Setiap pagi dua malaikat turun mendampingi seorang hamba. Yang satu mendoa: "Wahai, Allah! Berikanlah ganti bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya." Dan yang satu lagi berkata: "Wahai Allah! Musnahkanlah harta si bakhil!"

Wednesday, December 03, 2008

Masih Ada Waktu



Indonesia: mumpung = English: take advantage while o. can, as long as.

Bersedekah Itu Rugi?

Pernahkah kalian merasa tersempit, kekurangan wang, pokai atau pun ’sengkek’ padahal kalian baru saja menerima duit gaji dalam beberapa hari yang lepas. Percaya atau tidak, itulah masa yang sesuai untuk kalian ‘bersedekah’! InsyaALLAH, nescaya ALLAH Subhana Wa Ta’ala akan melimpah luaskan rezeki kalian.

Dan alangkah mulianya, apabila kalian telah dilapangkan REZEKI oleh ALLAH Subhana Wa Ta’ala kalian memperbanyakkan lagi sedekah kalian dengan niat yang IKHLAS dan pastikannya dari sumber yang HALAL dan BERSIH. InsyaALLAH, akan melimpah ruahlah rezeki kalian.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : “Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan ALLAH dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), ALLAH sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.”
[Surah Al- Baqarah, Ayat 265]

Sesungguhnya, rezeki yang kita perolehi setiap hari datangnya dari kurniaan ALLAH Subhana Wa Ta’ala yang Maha Pemurah. Amalan bersedekah umumnya dapat merapatkan jurang dan hubungan di antara golongan yang miskin dan yang kaya.

Tetapi masih ada di antara kita yang bertanggapan bahawa amalan sedekah ini hanya merugikan sebaliknya menguntungkan pihak yang menerimanya. Dan disebabkan itu juga, apabila kita melihat orang-orang miskin atau pengemis yang meminta sedekah di tepi jalan kita bertanggapan bahawa kita seolah-olah menyokong mereka agar menjadi lebih malas dan hanya mengharap belas kasihan dari kita. Padahal tanggapan/prasangka sebegini datangnya dari hasutan syaitan laknatullah yang benci apabila kita manusia melakukan amalan baik iaitu dengan bersedekah.


Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : “Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang ALLAH menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), ALLAH Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.”
[Surah Al- Baqarah, Ayat 268]

Dan jangan pula di antara kita melakukan amalan sedekah dengan niat yang riak atau menunjuk-nunjuk agar kita mendapat pujian atau untuk mendapat nama. Ingatlah Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada ALLAH dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.”
[Surah Al- Baqarah, Ayat 264]

Kekuatan bersedekah ini amat besar maknanya di dalam Islam. Selain mampu merapatkan jurang di antara yang miskin dengan yang berada/kaya ia juga turut menghapuskan dosa seseorang itu. Sesungguhnya amalan besedekah (dengan hati ikhlas) itu ibarat melakukan pelaburan di sisi Islam. Meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu. InsyaALLAH, balasan yang bakal diperolehinya suatu hari nanti pastinya berlipatkali ganda.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : “ALLAH susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.”
[Surah Al- Baqarah, Ayat 264]

InsyaALLAH diharapkan selepas ini bersama-samalah kita mempertingkatkan amalan sedekah kita. Dan seterusnya melakukan amalan sedekah ini secara berterusan dengan niat yang ikhlas dan mengharap keredhaan ALLAH S.W.T semata-mata. Semoga amalan kita ini terus mendapat syafaat daripadaNya. InsyaALLAH!

http://mohdabdhalim.com/santapan-hati/kekuatan-sedekah/