Friday, October 31, 2008

Latarbelakang Program TO SEE (2C)

Pihak Jawatankuasa 2C, 2008 dengan ini merayu sumbangan kepada mereka yang ingin bersama-sama menyumbang bagi menzahirkan sedikit senyuman pada wajah keluarga fakir miskin yang amat memerlukan.

Program ini adalah merupakan julung kali diadakan dan pihak jawatankuasa merancang untuk menjalankannya secara bulanan. Misi program ini adalah untuk mendekati masyarakat yang memerlukan bantuan barangan dan kewangan secara terus dan memberi peluang kepada kakitangan menyumbang secara berterusan. Jawatankuasa program telah mengenal pasti 47 keluarga fakir miskin setakat ini. Sasaran sumbangan adalah kepada sekurang-kurangnya satu keluarga setiap bulan.

Bantuan kali ini akan ditumpukan di kawasan Balok dan sekitarnya. Pihak Jawatankuasa akan cuba mengumpulkan bantuan barangan makanan asas, pakaian (baru dan terpakai) serta bantuan kewangan untuk keluarga tersebut. Bantuan barangan atau kewangan yang diperlukan disenaraikan dibawah.

Sumbangan boleh diserahkan kepada Penyelaras Program Sdr Azizi Mat Arif 014-8042236, Hj. Zulkifli Sudin 019-2702027 & Mohd Rosdi Abdul Rahim 013-3109897.

Laporan program akan dihantar kepada semua penyumbang.

Senarai Cadangan Barangan Bantuan:

Beras 15% hancur Cap Rambutan 5 Kg x 1 Pek - RM 13.00
Gula pasir 1Kg 2 pek x RM 1.45 - RM 2.90
Susu Pekat Manis 2 Tin x RM 2.50 - RM 5.00
Tepung Cap Sauh 1Kg x RM 2.20 - RM 2.20
Minyak Masak Cap Kapal 1Kg 2 Pek x RM 2.50 - RM 5.00
Bihun Cap Bintang 1 pek x RM 2.20 - RM 2.20
Biskut Hup Seng 1 Pek x RM 4.00 - RM 4.00
Teh Uncang LIPTON x 1 Pek x RM 5.00 - RM 5.00
Telur x 10 biji x RM 3.60
Duit Tunai RM 50 x 1 Keluarga - RM 50.00
Peruntukan yang diperlukan untuk satu keluarga ialah RM 92.90.

Jumlah keseluruhan sumbangan ÷ RM 92.90 = Bilangan keluarga yang mendapat sumbangan bagi setiap bulan.

Pihak Jawatankuasa mengharapkan sumbangan dari pihak yang prihatin. Resit akan dikeluarkan atas permintaan.

Semoga sumbangan para penyumbang yang budiman akan memberikan sedikit senyuman bagi mereka yang memerlukan.

Sumbangan boleh di hantar terus ke:-

Boilerman’s Room
Offsite,Utility & Marine,
MTBE Malaysia Sdn. Bhd.
Lot 111 Kaw. Perindustrian Gebeng,
26080 Balok kuantan,
Pahang Darulmakmur.