Saturday, November 29, 2008

Banyakkan Bersedekah.



Salah satu cara untuk merasakan kehebatan Allah ialah dengan kita memerhatikan apa yang berlaku disekeliling kita. Dalam perkara sedekah ini, mungkin kita ingin imbas kembali, bagaimana ada kalanya rezeki rezeki yang datang kepada kita selepas kita bersedekah. Ini tidak mestinya berlaku serta merta, tetapi ianya tetap berlaku. Kalau berlaku serta merta, maka semua orang akan bersedekah. Kita tahu ramai yang begitu lokek dan kedekut untuk bersedekah. Cuba imbas imbas kembali bahawa ada kalanya kita mendapat kebaikan dari sedekah kita. Kebaikan itu datang secara langsung atau tidak langsung kepada kita.
Apabila Allah berjanji kita tidak akan miskin dengan bersedekah, bermakna Allah berjanji bahawa rezeki kita akan cukup. Mungkin kita tidak akan kaya, tetapi percayalah, rezeki kita akan dicukupkan Allah. Segala keperluan asas kita akan cukup untuk kita. Insyallah Allah akan datangkan dengan cara langsung atau tidak langsung. Perhatikanlah.

RANCANG HIDUP RANCANG WANG:Banyakkan Bersedekah.

Sunday, November 23, 2008

Sunday, November 16, 2008

Apa Khabar jiran kita?

Tidak sempurna iman
Jika kau tidur dalam kekenyangan
Sedang jiran tetanggamu
Menangis kerana kelaparan?
~ Al-Hadis ~

Dua kata yang berbeza
Dicantum menjadi satu
Tetap tidak kan sama maksudnya
Berlain sifatnya, nilainya, hikmatnya
Sendu dan sendawa

Adakah kau tahu
Siapakah mereka jiran tetanggamu
Pernahkah engkau melihat
Apakah dalam sendu atau sendawa
Kenalilah dan bertegurlah sapa
Dengan akhlak yang mulia
Hidup berjiran susah dan senang
Suka duka dirasa bersama

Hak tetangga berkenal bermesra
Hak tetangga menggembirakannya
Hak tetangga bertanya khabarnya
Makan minumnya semua

Kenalilah jiran kita
Hormatilah kita sesama kita
Hormatilah jiran kita, bersaudara?

Hak tetangga menutup aibnya
Hak tetangga doakan mereka
Hak tetangga menjaga hartanya
Sakit demamnya

Hormatilah jiran kita
Kita sesama kita

Bersaudara ibarat pohon tumbuh merendang
Jadi teduhan musafir lalu
Hujan dan panasnya

Bersaudara ibarat tubuh manusia
Satu anggota terasa sakit
Sakitlah seluruh anggotanya

Mampukah kita hadapi apa yang mereka lalui?



  • Ibu Tunggal.
  • Hidup bersama seorang anak OKU, buta dan kudung kaki akibat diabetes.
  • Tiada pendapatan tetap. Tiada bantuan jabatan kebajikan.


  • Pasangan suami isteri. Suami menghidapi berbagai penyakit.
  • Sumber pendapatan tidak menentu.
  • Rumah sewa RM 200/bulan.


  • Ibu tunggal. Baru kematian suami.
  • Mempunyai 10 orang anak yang kebanyakan masih bersekolah.
  • Bergantung kepada anak sulung yang berniaga ikan kecil-kecilan.

Ringankan tangan, hulurkan sumbangan...

Wednesday, November 12, 2008

Kepada siapa pun sedekah itu...

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0731.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya ada seorang laki-laki berkata: "Saya akan bersedekah. "Lalu ia pergi membawa sedekahnya, kebetulan diberikannya ke tangan seorang pencuri. Orang banyak memperkatakan, "Ada pula orang bersedekah kepada pencuri." Orang yang bersedekah itu berkata: "Ya, Allah! Untuk Engkau segala puji. Saya akan bersedekah." Lalu ia keluar membawa sedekahnya, kebetulan diberikannya kepada seorang perempuan lacur. Orang banyak memperkatakan, "Semalam ada orang memberikan sedekah kepada wanita pelacur." Orang itu berkata, "Ya, Allah! Untuk Engkau segala puji. Saya akan bersedekah." Ia pergi membawa sedekahnya, kebetulan diberikannya ke tangan orang kaya. Orang banyak memperkatakan pula, "Rupanya orang kaya pun menerima sedekah juga." Kata orang yang memberi sedekah, "Ya, Allah! Untuk Engkau segala puji. Saya berikan sedekah saya kepada pencuri, kepada wanita lacur dan kepada orang kaya." Kemudian ia bermimpi. Rasanya ada malaikat yang mengatakan kepadanya, "Sedekah engkau kepada pencuri, semoga menyebabkan ia berhenti mencuri. Sedekah engkau kepada pelacur, semoga menyebabkan ia berhenti melacur. Dan sedekah engkau kepada orang kaya, semoga menyedarkannya dan mendorongnya untuk menafkahkan apa yang diberikan Allah kepadanya."

Tuesday, November 11, 2008

Lawatan 2














Al-Insan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(4) Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: Sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur".
(5) Iaitu sebuah mata air (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.
(6) (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.
(7) Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,
(8) (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
(9) Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Dia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: Masam berkerut-kerut.

(10) Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka) dan perasaan ria gembira (di hati).
(11) Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.

Monday, November 03, 2008

Lawatan 1